Tuesday 25 February 2014

11 Resepi : Puding Oreo

Assalamualaikum...

post kali nie nak berkongsi pasal resepi
senang ja pon resepi nie...
tak susah pon

memang sangat-sangat senang,
so, hampa semua kena la try buat puding oreo nie
tau..tau..tau... *kebil-kebil mata*


bahan-bahan

  • sebungkus agar-agar (RM2++)
  • 750ml air 
  • secawan gula (kalau nak manis sikit secawan setengah)
  • 1 tin susu cair (RM2.70)
  • secawan setengah milo
  • sebungkus oreo (aku buat guna cream'o sebab kat kedai tu tak dak oreo) - hancurkan oreo dengan cream2 sekali tau, api jangan terlampau hancur

cara-cara nak buat
  1. Masukan 750ml air dan agar-agar, masak sampai agar-agar larut.
  2. Masukan gula, kacau sampai larut.
  3. Masukan susu cair, kacau lagi sampai mendidih.
  4. Asingkan bahagian untuk masukkan serbuk milo - 2cawan
  5. Masukan milo dalam bahagian yang diasingkan tadi, kacau sampai larut
  6. Masukan bahagian yang dicampur dengan milo dalam acuan - kalau nak ada layer, masukkan setengah dulu.
  7. Biar sampai keras sedikit, jangan keras terus nanti tak lekat layer nanti, taburkan oreo yang dihancurkan tu sikit.
  8. Masukan bahagian yang tak dicampur dengan milo (bahagian susu sahaja).
  9. Taburkan lebihan oreo yang hancur tadi.
  10. Masukan lebihan bahagian yang dicampur dengan milo.
  11. Biar sejuk sikit, baru masukan dalam peti ais..
tip

  1. sambil dok kacau-kacau agar-agar tu, boleh la berzikir, jangan dok mengumpat orang plak...hehehe
  2. nak kacau tu, kacau ikut lawan arah jam



Senangkan...mai pakat-pakat cuba buat puding oreo nie..

selamat mencuba..

:D :D
nah...hasilnya...

selamat mencuba
 :D

annyong~~~




No comments:

Post a Comment