Wednesday 15 April 2015

Review Kdrama : Falling for Innocence episod 1 & 2

Hai.... *lambai2 tangan*

Memandangkan aku baru ja habis tengok drama Falling for Innocence nie, tetiba rasa nak buat review pasal drama nie. Sebelum nak cerita panjang lagi..meh nak bagi intro sikit pasal drama nie.

official poster... cr:koreandrama.org
Drama: Falling for Innocence
Episod: 16
Genre: Romantik Komedi
Broadcast Network: jTBC *so, jangan harap la nak tengok kat tv Malaysia, nie saluran berbayar di Korea. hampa google la sendiri kalau nak tengok drama nie. memang banyak gila kat internet

 Sinopsis: 
Kang Min Ho’s (Jung Kyung Ho) father ran a large company, but sudden death of his father led to his uncle taking over the company. After that, he gets kicked out of this company.
He then undergoes a heart transplant surgery and his personality changes due to cellular memory syndrome. He begins to have warm feelings and falls in love with Kim Soon Jung (Kim So Yun) who is a secretary. He then realizes the true meaning of love and happiness.
Meanwhile, Joon Hee (Yoon Hyun Min) will form a love triangle with the leads.
**sinopsis credit to koreandrama.org

Drama nie lebih kurang macam Greatest Love la, lepas buat transplant surgery terus fall in love dengan heroin...hihi

 Meh kenal dengan pelakon-pelakon pulak



nie hero drama nie, aku tak kenal pon hero drama nie. Search google - dah banyak drama rupanya, aku ja yang tak tau.

Jung Kyung Ho sebagai Kang Min Ho

anak kepada pemilik syarikat besar di Korea, tapi lepas ayah dia mati, pemilikan syarikat jatuh kat pakcik dia. Jadinya, dia pon berdendam la dengan si pakcik nie, dan berusaha nak dapatkan balik pemilikan syarikat tu.

panas baran, dan sombong

mewarisi sakit ayah dia *baca sinopsis*






nie heroin drama nie, sebelum nie pernah tengok heroin nie berlakon drama Iris.

Kim So Yun sebagai Kim Soon Jung

Setiausaha pakcik si hero tu. Watak heroin nie macam tajuk drama la kan, innoncence. Dah bertunang dengan polis, tapi yang sedihnya, watak tunang tu dah mati masa episod 2. Kesian betoi.









nie hero kedua...hihi
sebelum nie pernah tengok dalam drama "Discovery of Love"
drama nie best, yang tak tengok lagi pi tengok, *recommended*

Yoon Hyun Min sebagai Joon Hee

Kawan baik dengan tunang si heroin.
Kerja tempat yang sama dengan heroin
DAN dia suka kat heroin tapi tak bagitau heroin sebab kawan baikkan...










Okay, nak masuk episod pertama nie...

Episod 1

Macam drama yang lain, first episode mesti la bagi intro pasal watak dulu.

Jalan cerita macam biasa ja, okay la, tak bosan pon. Banyak cerita pasal syarikat, pung pang pung pang pasal nak berebut pemilikan syarikat. Episod 1 lebih banyak cerita pasal syarikat. dan terselit jugak sweet moment antara heroin dengan tunang dia.

si tunang melamar - nyanyi2 pastu bagi bunga

first time jumpa
Si hero pi serang pejabat si pakcik dia tu, kat situ la jumpa si heroin.
Si hero nie tak suka pon dekat heroin, menyampah lagi ada la. Habis kena sound...tapi heroin cool ja..hahaha

hero tengah marahkan heroin sebab tak bagi dia masuk bilik mesyuarat

Ada la cerita pasal si tunang tu, ingatkan si tunang yang jadi hero kedua tapi sayang watak dia sikit ja. Tapi okay jugak sebab si tunang nie tak la hensem sangat...hahaha

Ada scene throwback zaman budak-budak. Lepas tu baru la paham, kenapa si hero marah sangat dengan pakcik dia tu.

Sebelum habis episod 1 nie, si hero ada "berkomplot" dengan si heroin. Supaya dia senang nak dapat data syarikat pakcik dia yang jahat tu. Si heroin pi jumpa hero dekat hotel, dan elok-elok jumpa depan pintu, si hero nie jadi lemah tak bermaya pulak, si heroin nie pon bawak la dia pi hospital. to be continue... 

hero sakit... :'(



Episod 2

Si hero dah dapatkan rawatan, Tapi bad news, masa yang tinggal cuma satu bulan ja untuk dia hidup. Cuak la jugak, beru episod 2 kot, takkan la hero dah nak mati...hahaha... si hero nie cool ja.
Dia cuma fikir macam mana nak jatuhkan pakcik dia. Azam sebelum dia mati, dia nak tengok pakcik dia sengsara dan nak bongkarkan semua rahsia pakcik dia.

Nasib la si hero nie ada pembantu yang boleh diharap.

Dalam dok syok tengok si hero nak jatuhkan pakcik dia. Boleh pulak si doktor yang dok rawat dia bocorkan rahsia pasal sakit dia kat si pakcik jahat tu...huiishhh, punah harapan weyh...kuang asam betoi doktor nie. Mengamok la si hero tu. Dan dia cedera teruk.

Dan dalam masa yang sama, si tunang dapat tau kawan baik (hero kedua) dia terlibat dengan aktiviti yang salah di sisi undang-undang. Dan si tunang tu bagi pilihan kat kawan dia tu untuk serah diri atau dia sendiri yang tangkap kawan baik dia tu.

Si tunang kena bunuh dengan orang upahan kawan baik dia tu sebab untuk tutup mulut. Kesian betoi si tunang tu...sobsobs

Si tunang kena langgar dengan kereta *mati lepas sampai di hospital

Dan nak dijadikan cerita, si hero dan si tunang di rawat di hospital yang sama...
Dan nak dijadikan cerita lagi, jantung si tunang match pulak dengan si hero...
Pembedahan pon berjaya... dan ada sifat2, perangai si tunang melekat pulak dekat si hero...

to be continue...

Episod 2, nampak jalan cerita dah makin best...
lepas nie hero dah fall in love dengan heroin *macam greatest love*





till then,
nurathirahalim

*tak sabar nak sambung tengok episod 3 & 4

No comments:

Post a Comment